Assalam...lama sungguh x menjengah blog ni. mmmm......busy yg xberapa busy tapi dibuat2 busy.hikhik.. 12 May 2012, aku pegi lagi exam PTD buat kali kedua. Kali pertama aku lulus dan terkandas semasa di PAC. Kali ni exam di Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash, Ipoh. Dengan no id aku 0205036. Duduk tempat suka hati dalam dewan, so aku pilih 2 meja dari depan di tengah2 dewan. Reason aku pergi exam kali ni saje2 nak test diri aku...level knowledge ak skrg. Supaya aku tahu di mana tahap ak skrg.huahuahua....
Macam biasa aku x study satu habuk pun.... Aku xtau nak study apa sebenarnya sebab masa exam taun lepas pun aku x study amende. Apa yang aku ingat tu yang aku jawab. Ari Khamis aku ke Taiping dari Penang tuk melawat ustazah norzi yang nak operation. Jumaat ptg aku balik rumah. Malam dah penat so tido awal. Sabtu pagi baru terhegeh2 nak kemas cari ic semua. Pkul 7 bertolak n singgah kedai U May beli pen, pensel, pemadam dan pembaris. Baru nak cari alat tulis tu....preparation last minute.
Btw, susah sket soalan kali ni dari yang lepas. Padanla aku lulus yang lepas sebab senang.huhu! So, aku tahu tahap pengetahuan am aku ni masih kurang. Ish, susah2.... Negara Eropah pertama jatuh muflis masa kejatuhan ekonomi...tempat sheikh muzaphar mendarat dari kapal angkasa..huis, seyes aku x ingat. yang aku ingat Kazakhstan je tapi nama tempat aku x ingat la plak. adoi, napela otak aku ni tepu sangat. haish.... Soalan pengetahuan am paling senang, yang mana paling besar kapasitinya? Kilobyte, byte, megabyte or terabyte? selaku student yang baru kuar U yang dah ada hard disk 1 tera kalau x tau rasa kena hantuk kepala kat dinding.huahuahua! xbanyak pasal ekonomi macam tahun lepas. So, overall untuk kali ni susah sket dr yang lepas.
Math pun susah sket...kalau yang lepas ak ada lebihan masa lagi. Aku just guna 30 min tuk jawab 45 soklan n aku yakin dengan jawapan2 aku, kali ni aku guna semua masa yang ada dan aku tembak 2 soalan. Cis, rendah lagi iq aku rupanya. So, overall 2 soklan macam da salah...Walaupun xsusah sebenarnya tapi aku still xpuas hati sebab aku terpaksa tembak 2 soalan. Sebagai seorang pelajar jurusan accounting adalah sangat memalukan bila aku kena tembak 2 soalan mcm tu.waaaaaaaa........
Soalan pemahaman direct aje. Kalau pandai membaca insyaAllah boleh jawab dengan jayanya. Semua direct xde satu pun kena pikir. Korang baca dan jawapan ada sebijik2 dalam petikan.
Esei BM, Kebaikan pengurangan pemberian subsidi oleh kerajaan, Pembangunan negara berkait rapat dengan pemimpin muda yang positif dan proaktif, bincangkan dan Kestabilan dan kemajuan Malaysia dikagumi serta di contohi oleh negara membangun lain di Asia Tenggara, bincangkan...
Esei Bi plak, Consumers right should be promoted from time to time on the mass media to protect consumer from being manipulated, discuss.... Social networking wins friends but stirs worries among parents, discuss... A smile is worth a thousand words, discuss...
Seyes merapu je aku jawab esei2 tu... Macam da lama aku x mengarang. Otak aku ni memang la da tepu... tunggu keputusannya 16 Jun 2012... Rasa macam xlepas je kali ni...Kalau yang lepas memang aku yakin aku lepas kali ni aku macam xyakin sebab pengetahuan am ak mcm hancus je.hikhikhik...